Sini Ada Hantu!(Here Got Ghost!)



Fuhh..panas,walaupun sekarang ni musim hujan kat beberapa buah negeri..siap pakej ngan banjir sekali.Cerita ini menggamit kepuasan kepada para peminat cerita hantu berpakej(pakej terkejut beruk & ketawa berdekah-dekah..).Tajuk yang cukup'simple'..Sini Ada Hantu!(Here Got Ghost!) sememangnya berbaloi untuk ditonton.Filem arahan James Lee ini cukup bersahaja dari segi dialog yang cukup santai..



Pendekatan hantu dalam cerita ini mudah sahaja.Mengambil kisah daripada 'lagenda' hantu pokok pisang,hantu nombor ekor & juga hantu asrama.Menggunakan kaedah cerita dalam cerita,ketiga-tiga watak hantu ini dikembangkan dengan baik & tidak bercelaru,membuatkan watak-watak hantu mempunyai identiti mereka tersendiri..


Tidak perlu untuk membariskan ramai pelakon ternama untuk menghangatkan cerita ini,bakat-bakat baru dan agak terpencil sebelum ini memang 'pandai berlakon' untuk menghidupkan jalan cerita..



Tidak terikut-ikut dengan filem hantu hollywood mahupun jepun ataupun mana-mana cerita hantu dari negara-negara lain..Hantu dalam filem ini 'truly Malaysia'..Tetapi agak kesal sedikit sebab tidak dapat memaparkan hantu yang 'feymes' dikalangan masyarakat India di Malaysia..Sebab elok juga kalau dipaparkan kerana penulis sendiri nak tahu juga macam mana rupa hantu yang menjadi 'lagenda' dikalangan masyarakat India di Malaysia...



Berikut adalah sedikit info mengenai 'mereka' yang telah menjayakan cerita ini...Nak tahu sama ada box office ataupun tidak sama-samalah kita nantikan yer..;)

Filem: Sini Ada Hantu
Arahan: James Lee
Lakonan:Alvin Wong,Baki Zainal,Eira Syazira,Fasha Sandha,Pete Teo,Qhaud AF7,Kuswadinata & Kazar Saisi
Genre:Seram Komedi
Terbitan:Double Vision & Astro Shaw
Tayangan:Bermula 10 Februari 2011

Rating santai:

9 Untuk Peminat Animasi!





Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam tahun 2011 kepada rakan-rakan pembaca di luar sana.Setelah sekian lama tidak 'mengusik'blog saya ini,terpanggil rasanya diri ini untuk membuat sedikit sentuhan dengan memaparkan info yang diharapkan berguna dan bermanfaat untuk tatapan ramai..

Cerita animasi terbaru karya Tim Burton,
'9' akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia,tidak lama lagi.Saya memilih filem 9 untuk di'review' di dalam blog saya ini kerana saya sememangnya amat menggemari karya 'pakcik'yang berasal dari Burbank,California ini.Beliau tidak asing dengan sentuhan karya yang agak unik,lain daripada yang lain dan dapat dilihat melalui filemnya seperti Edward Scissorhand(1990),Charlie & The Chocolate Factory(2005) dan juga Alice in Wonderland(2010)



Sedikit ulasan mengenai cerita ini dimana ianya mengisahkan mengenai sekumpulan patung 'bernyawa' yang boleh dianggap sebagai 'adiwira' yang berusaha untuk menghapuskan serangan pemusnah daripada gerombolan mesin-mesin bernyawa yang bertindak mencuba melenyapkan tamadun manusia..Apakah sekumpulan wira kecil ini yang terdiri daripada 1,2,3,4,5,6,7,8 & 9 akan berjaya mencapai matlamat mereka?Sama-sama kita saksikan nanti..

Berikut adalah senarai 'aktor' & 'aktres' yang menyumbangkan suara untuk filem animasi ini:
Christopher PlummerChristopher Plummer...
1 (suara)
Martin LandauMartin Landau...
2 (suara)
John C. ReillyJohn C. Reilly...
5 (suara)
Crispin GloverCrispin Glover...
6 (suara)
Jennifer ConnellyJennifer Connelly...
7 (suara)
Fred TatascioreFred Tatasciore...
8 / Radio Announcer (suara)
Elijah WoodElijah Wood...
9 (suara)
Alan OppenheimerAlan Oppenheimer...
Tom KaneTom Kane...
Dictator (suara)
Helen WilsonHelen Wilson...
Newscaster (suara)
Rating Santai:




Related Posts with Thumbnails