Sini Ada Hantu!(Here Got Ghost!)



Fuhh..panas,walaupun sekarang ni musim hujan kat beberapa buah negeri..siap pakej ngan banjir sekali.Cerita ini menggamit kepuasan kepada para peminat cerita hantu berpakej(pakej terkejut beruk & ketawa berdekah-dekah..).Tajuk yang cukup'simple'..Sini Ada Hantu!(Here Got Ghost!) sememangnya berbaloi untuk ditonton.Filem arahan James Lee ini cukup bersahaja dari segi dialog yang cukup santai..



Pendekatan hantu dalam cerita ini mudah sahaja.Mengambil kisah daripada 'lagenda' hantu pokok pisang,hantu nombor ekor & juga hantu asrama.Menggunakan kaedah cerita dalam cerita,ketiga-tiga watak hantu ini dikembangkan dengan baik & tidak bercelaru,membuatkan watak-watak hantu mempunyai identiti mereka tersendiri..


Tidak perlu untuk membariskan ramai pelakon ternama untuk menghangatkan cerita ini,bakat-bakat baru dan agak terpencil sebelum ini memang 'pandai berlakon' untuk menghidupkan jalan cerita..



Tidak terikut-ikut dengan filem hantu hollywood mahupun jepun ataupun mana-mana cerita hantu dari negara-negara lain..Hantu dalam filem ini 'truly Malaysia'..Tetapi agak kesal sedikit sebab tidak dapat memaparkan hantu yang 'feymes' dikalangan masyarakat India di Malaysia..Sebab elok juga kalau dipaparkan kerana penulis sendiri nak tahu juga macam mana rupa hantu yang menjadi 'lagenda' dikalangan masyarakat India di Malaysia...



Berikut adalah sedikit info mengenai 'mereka' yang telah menjayakan cerita ini...Nak tahu sama ada box office ataupun tidak sama-samalah kita nantikan yer..;)

Filem: Sini Ada Hantu
Arahan: James Lee
Lakonan:Alvin Wong,Baki Zainal,Eira Syazira,Fasha Sandha,Pete Teo,Qhaud AF7,Kuswadinata & Kazar Saisi
Genre:Seram Komedi
Terbitan:Double Vision & Astro Shaw
Tayangan:Bermula 10 Februari 2011

Rating santai:

9 Untuk Peminat Animasi!





Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam tahun 2011 kepada rakan-rakan pembaca di luar sana.Setelah sekian lama tidak 'mengusik'blog saya ini,terpanggil rasanya diri ini untuk membuat sedikit sentuhan dengan memaparkan info yang diharapkan berguna dan bermanfaat untuk tatapan ramai..

Cerita animasi terbaru karya Tim Burton,
'9' akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia,tidak lama lagi.Saya memilih filem 9 untuk di'review' di dalam blog saya ini kerana saya sememangnya amat menggemari karya 'pakcik'yang berasal dari Burbank,California ini.Beliau tidak asing dengan sentuhan karya yang agak unik,lain daripada yang lain dan dapat dilihat melalui filemnya seperti Edward Scissorhand(1990),Charlie & The Chocolate Factory(2005) dan juga Alice in Wonderland(2010)



Sedikit ulasan mengenai cerita ini dimana ianya mengisahkan mengenai sekumpulan patung 'bernyawa' yang boleh dianggap sebagai 'adiwira' yang berusaha untuk menghapuskan serangan pemusnah daripada gerombolan mesin-mesin bernyawa yang bertindak mencuba melenyapkan tamadun manusia..Apakah sekumpulan wira kecil ini yang terdiri daripada 1,2,3,4,5,6,7,8 & 9 akan berjaya mencapai matlamat mereka?Sama-sama kita saksikan nanti..

Berikut adalah senarai 'aktor' & 'aktres' yang menyumbangkan suara untuk filem animasi ini:
Christopher PlummerChristopher Plummer...
1 (suara)
Martin LandauMartin Landau...
2 (suara)
John C. ReillyJohn C. Reilly...
5 (suara)
Crispin GloverCrispin Glover...
6 (suara)
Jennifer ConnellyJennifer Connelly...
7 (suara)
Fred TatascioreFred Tatasciore...
8 / Radio Announcer (suara)
Elijah WoodElijah Wood...
9 (suara)
Alan OppenheimerAlan Oppenheimer...
Tom KaneTom Kane...
Dictator (suara)
Helen WilsonHelen Wilson...
Newscaster (suara)
Rating Santai:




Station 1 Cafe




Bahang kemeriahan ' World Cup' makin terasa..Biasa la tengok bola ngan kawan2 pasti syok..Hmm banyak pilihan tempat korang leh layan bola sambil 'ngeteh' ngan member2..
Salah satu tempat 'hangout' yang 'seswai' ntuk korang layan bola ialah di Station 1 Cafe..Station 1 Cafe ni memang support 100% kemeriahan world cup 2010..Kat sini disediakan beberapa buah TV LCD ntuk korang puas hati tengok world cup 2010 nanti..


Tadaa..khas ntuk musim bola sepak aje..ada banyak gi menu lain & ni salah satu daripadanya..



Sebelum tu lupa lak nak bagitau..kat JayBee ni terdapat 3 cawangan Station 1 Cafe..di Taman Tun Aminah,Taman Mount Austin & Taman Universiti..yang kat lam blog ni adalah Station 1 Cafe kat Taman Universiti(Berdekatan dengan bangunan SPACE UTM)


Kat Station 1 Cafe ade menu barat & juga menu tempatan.Harganya juga agak berpatutan,sesuai dengan menu yang terdapat di sini.Tetapi,menu barat(western) adalah pilihan utama bagi pelanggan yang berkunjung ke sini..



Tuan2 & puan2..inilah dia 'Deep Fried Fish Fillet'...regenya RM12.90..Antara menu barat(western) yang terdapat di Station 1 Cafe..




Untuk penggemar nasi..'Special Salad Fish Rice'..korang cari mana ikannya?..rupa-rupanya ada kat bawah timbunan salad tu..hanya RM11.90..




Ngeteh sambil tengok bola..syok whoaa..gambar kanan ialah 'Hot White Coffee'(RM2.90) & sebelah kiri pula 'Melon w/out ice'(RM3.80)..




Apalagi yang best kat Station 1 Cafe ni?Ok,kat sini ada WIFI & ada juga persembahan live band/show pada hari2 tertentu..So kalau bercadang nak cuba sesuatu yang baru boleh la berkunjung ke Station 1 Cafe..

Kopitiam Kay Classic
















Aloha..kali ni aku nak bercerita lagi pasal tempat makan yang seronok('gumbira',hehe) untuk kita nikmati hidangan makan malam..
Seperti biasa,tempat makan yang aku nak view ni still kat area Jay Bee lagi..Insya-Allah,ada kelapangan nak gak 'try' jengah negeri orang & pergi ke tempat makan 'feveret' negeri-negeri tersebut..
Oklah,kali ni cite pasal satu tempat makan 'kat' area Danga Bay,sederet 'ngan' Maxis centre(area2 rumah kedai berdekatan Kozi hotel & Tune Hotel)..Tempat makan ni namanya Kay Classic Kopitiam..















Ape yang special kat Kay Classic Kopitiam ni?Setiap set Western kat sini harganya 'only' RM5.00..Manakala untuk mereka penggemar nasi jangan risau sebab kat sini ada juga di sediakan nasi jagung beserta hidangan western yang boleh didapati dalam bentuk set..dan setiap set beserta nasi jagung itu harganya hanyalah RM6.00..murah kan..

Sebelah kanan tu,korang leh view antara menu western yang terdapat di Kay Classic Kopitiam ni..Nyum2x..semua yang kat menu tu 'regenye'cuma RM5.00 je tau..memang leh bawak sedara-mara satu rombongan bas makan kat sini hehe..
Lepas makan leh jalan2 n lepak2 kat Danga Bay lak..















Kay Classic Kopitiam ni sempoi ngan dekorasi yang agak kreatif gak ler..nak borak2 ngan member2 lama kat sini memang seswai sambil mulut 'kunyah2' chicken chop'..















Ape lagi yang best kat sini?Kat sini ade perkhidmatan WIFI...Sambil tunggu makanan sampai korang leh surf tenet..Kalu nak baca buku pun boleh kat sini(da macam library la plak huhu..)


Kat dalam gambar korang tu ialah antara menu yang terdapat kat Kay Classic Kopitiam..
So malam nanti ajak ler adik-kakak-abang/makme/pakwe/makcik-pakcik
sekali-sekala makan kat lua ea..
p/s:kalu korang ader 'rahsia' nak bagitau pasal tempat2 menarik area korang leh la propose/comment kat sini yer..


Nasi Ayam Penyet Lc catering


Aku nak share ngan 'korang' sume satu lagi tempat makan best kat area Jay Bee ni..Sume org.tau pasal 'ayam penyet' tapi xsemua org.suke makan ayam penyet kn?hehe..Kalu xsuke makan ayam penyet xpe,korang leh 'order'menu lain sebab yang pastinya kat LC catering,Jalan Tebrau ni(berhadapan dengan kedai Jual kereta) ada menu masakan ala-warung..tapi kat sini aku nak highlight menu ayam penyet n nasi serai Lc catering..

Ni ler rupe ayam penyet Lc catering..ada ayam(dlm gambar tu bahagian breast)..ada ulam
(timun,ulam raja)..ada tauhu & tempe..& ada sambal belacan beserta sup kosong..special ayam penyet kat sini sebab ayamnye digoreng garing..beza dengan ayam penyet tempat lain..
Ok, gambar bwh ni plak nasi serai Lc catering..nyum2x..ada udang goreng oat..sambal sotong & acar..uniknye,nasi serai ni dibungkus dalam daun pisang..memang harum bau daun pisang..


Mee Bandung Muar....

Gerai Mee Bandung Muar ni terletak di Kg.Melayu Majidee,Jalan Tebrau Lama,Kg.Melayu Majidee(sebelah sekolah memandu Hasnah Ali) 'duduk' betul-betul sebelah Sekolah Memandu Hasnah Ali.
Sebahagian pelanggan di warung Mee Bandung Kg.Melayu Majidee sedang menjamu selera...kalau meja dah penuh terpaksa la 'tapau' beb...
Otak-otak Kg.Melayu,seperti biasa isi ikan dibaluti daun kelapa.Beza dengan otak-otak yang lain,otak-otak yang dihidangkan disini dalam keadaan segar & tak berubah lagi rasanya(rasa masam)
Kalau datang sini,jangan lupa order air asam boi...fuhh memang terangkat beb,hilang muak lepas makan-makan.Tengok tu cara airnya diisi dalam'gelas special'...

Air jus pun ok gak kat sini...kalau order makanan berkuah yang pedas,satu kemestian untuk hilangkan pedas dengan minuman jus...bagi aku ler.


Jeng3x...special feature; Mee Bandung Muar di Kg.Melayu Majidee...Ada 2 jenis mee bandung: special & biasa.Kalu yang special keliling mangkuk ada udang besor-besor..yang biasa udangnye xbanyak tapi dua-dua jenis ni diletak telur.Ape-ape pun rahsia keenakan mee bandung ni ialah pada kuahnya...pekat kemerahan dengan bau udang kering menusuk kalbu...




Selain mee bandung,nasi goreng seperti nasi goreng kampung & nasi goreng seafood memang sedap juge...gambar kat bawah ni ialah nasi goreng kampung...nanti aku datang lagi aku amik gambo nasi goreng seafood n nasi goreng ayam lak ye...

Sate kat sini memang sedap:boleh rasa empuk isinya,berempah & murah...Secucuk sate ayam & lembu harganya RM0.40...Secucuk sate kambing lak harganya RM0.50...Aku rasa berbaloi la tu...
Makanan kat sini bole tahan gak pedasnye...So sape2 yang xsuke pedas kena la inform kat pelayan ,bagitau kat dia "dik,kurang pedas ea"...Pedas punye pasal kena la tambah lagi satu air 'teh o ais'..


So apalagi...jomla ke gerai ni...dibuka dari pukul 7pm-ke tengah malam...Nak cari gerai ni senang jer...betul2 terletak depan(seberang jalan) stesen minyak Esso Kg.Melayu Majidee...Kalu x jumpe jangan malu bertanya ea..

Related Posts with Thumbnails