Station 1 Cafe




Bahang kemeriahan ' World Cup' makin terasa..Biasa la tengok bola ngan kawan2 pasti syok..Hmm banyak pilihan tempat korang leh layan bola sambil 'ngeteh' ngan member2..
Salah satu tempat 'hangout' yang 'seswai' ntuk korang layan bola ialah di Station 1 Cafe..Station 1 Cafe ni memang support 100% kemeriahan world cup 2010..Kat sini disediakan beberapa buah TV LCD ntuk korang puas hati tengok world cup 2010 nanti..


Tadaa..khas ntuk musim bola sepak aje..ada banyak gi menu lain & ni salah satu daripadanya..



Sebelum tu lupa lak nak bagitau..kat JayBee ni terdapat 3 cawangan Station 1 Cafe..di Taman Tun Aminah,Taman Mount Austin & Taman Universiti..yang kat lam blog ni adalah Station 1 Cafe kat Taman Universiti(Berdekatan dengan bangunan SPACE UTM)


Kat Station 1 Cafe ade menu barat & juga menu tempatan.Harganya juga agak berpatutan,sesuai dengan menu yang terdapat di sini.Tetapi,menu barat(western) adalah pilihan utama bagi pelanggan yang berkunjung ke sini..



Tuan2 & puan2..inilah dia 'Deep Fried Fish Fillet'...regenya RM12.90..Antara menu barat(western) yang terdapat di Station 1 Cafe..




Untuk penggemar nasi..'Special Salad Fish Rice'..korang cari mana ikannya?..rupa-rupanya ada kat bawah timbunan salad tu..hanya RM11.90..




Ngeteh sambil tengok bola..syok whoaa..gambar kanan ialah 'Hot White Coffee'(RM2.90) & sebelah kiri pula 'Melon w/out ice'(RM3.80)..




Apalagi yang best kat Station 1 Cafe ni?Ok,kat sini ada WIFI & ada juga persembahan live band/show pada hari2 tertentu..So kalau bercadang nak cuba sesuatu yang baru boleh la berkunjung ke Station 1 Cafe..

0 Response to "Station 1 Cafe"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails