9 Untuk Peminat Animasi!





Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam tahun 2011 kepada rakan-rakan pembaca di luar sana.Setelah sekian lama tidak 'mengusik'blog saya ini,terpanggil rasanya diri ini untuk membuat sedikit sentuhan dengan memaparkan info yang diharapkan berguna dan bermanfaat untuk tatapan ramai..

Cerita animasi terbaru karya Tim Burton,
'9' akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia,tidak lama lagi.Saya memilih filem 9 untuk di'review' di dalam blog saya ini kerana saya sememangnya amat menggemari karya 'pakcik'yang berasal dari Burbank,California ini.Beliau tidak asing dengan sentuhan karya yang agak unik,lain daripada yang lain dan dapat dilihat melalui filemnya seperti Edward Scissorhand(1990),Charlie & The Chocolate Factory(2005) dan juga Alice in Wonderland(2010)



Sedikit ulasan mengenai cerita ini dimana ianya mengisahkan mengenai sekumpulan patung 'bernyawa' yang boleh dianggap sebagai 'adiwira' yang berusaha untuk menghapuskan serangan pemusnah daripada gerombolan mesin-mesin bernyawa yang bertindak mencuba melenyapkan tamadun manusia..Apakah sekumpulan wira kecil ini yang terdiri daripada 1,2,3,4,5,6,7,8 & 9 akan berjaya mencapai matlamat mereka?Sama-sama kita saksikan nanti..

Berikut adalah senarai 'aktor' & 'aktres' yang menyumbangkan suara untuk filem animasi ini:
Christopher PlummerChristopher Plummer...
1 (suara)
Martin LandauMartin Landau...
2 (suara)
John C. ReillyJohn C. Reilly...
5 (suara)
Crispin GloverCrispin Glover...
6 (suara)
Jennifer ConnellyJennifer Connelly...
7 (suara)
Fred TatascioreFred Tatasciore...
8 / Radio Announcer (suara)
Elijah WoodElijah Wood...
9 (suara)
Alan OppenheimerAlan Oppenheimer...
Tom KaneTom Kane...
Dictator (suara)
Helen WilsonHelen Wilson...
Newscaster (suara)
Rating Santai:




0 Response to "9 Untuk Peminat Animasi!"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails